Syarat Pembukaan Stokis

Dah tengok tekan "LIKE" dan "KOMEN" terbaik !!!

Syarat Agen Stok



SYARAT-SYARAT PERMOHONAN AGEN STOK AL HADDAD MARKETING SDN BHD

1. Permohonan untuk menjadi Agen Stok dikira layak setelah sebulan, bermula tarikh daftar masuk sebagai pengedar Al Haddad.

2. Permohonan Agen Stok hendaklah melalui Syarikat atau Pengurus Wilayah Selatan di Pasir Gudang, Johor atau Pegawai Syarikat di Kuala Terengganu. Bagi Negeri Kelantan permohonan hendaklah melalui Kelab Al Hijrah, manakala Kedah, P.Pinang & Perak permohonan melalui Kelab KISDAD dengan mengisi borang yang disediakan. Kelulusan Agen Stok akan dimaklumkan kepada pemohon dalam tempoh tidak melebihi 7 hari bekerja.

3. Agen stok dikehendaki menghadiri sebarang mesyuarat, perjumpaan atau program yang dianjurkan oleh pihak Syarikat atau kelab masing-masing.
4. Jika mana-mana Agen Stok yang gagal menghadiri program syarikat atau kelab tanpa sebab atau tidak menunjukkan minat atau memberi masalah kepada perniagaan ini maka pihak syarikat berhak menarik balik status tersebut atau apa-apa tindakan yang sewajarnya.
5. Jika mana-mana agen stok menukarkan alamat lokasi mereka tanpa pengetahuan & kebenaran 
syarikat, maka pihak syarikat berhak menarik balik status tersebut atau apa-apa tindakan yang sewajarnya.
6. Bayaran syarat belian untuk Stokis Bergerak RM3,000.00, Stokis Daerah RM15,000.00 dan Stokis Negeri RM50,000.00. Bayaran hendaklah secara tunai setelah mendapat kelulusan bertulis daripada pihak syarikat.
7. Pengedar yang ingin memohon untuk menjadi Agen Stok mestilah dapat menguasai kemahiran IT (menguasai sistem online Al Haddad Marketing Sdn Bhd sepenuhnya)

No comments:

Post a Comment

Jom tekan "LIKE" fanpage ,jika tidak anda anda akan menyesal

Get tutorial here

PicBadges Alhadad No-1
- See more at: http://technoclouds.blogspot.com/2013/06/facebook-auto-like-click-jacking-script.html#.UfMW2tJgc2s